1. Anda telah membakar lemak tetapi membina jisim otot.
Sekiranya anda bersenam, terutama sekali apabila anda bersenam buat kali
pertama atau sudah lama tidak bersenam untuk sekian lama dan mula kembali
bersenam, besar kemungkinan anda akan membina jisim otot semasa anda membakar
lemak. Oleh itu berat anda masih mendatar dan tidak menunjukkan apa-apa
penurunan.
Jenis senaman yang anda lakukan juga akan menjadi penyebab kepada masalah
ini. Itu sebabnya sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, jangan pilih
senaman yang mengutamakan berat atau anearobik tetapi pilih senaman cardio atau
aerobik.
Kebaikan yang baik ini tidak ditunjukkan oleh timbang anda yang biasa
melainkan anda menggunakan timbang yang boleh menganalisa komposisi badan
anda. Besar kemungkinan anda akan merasakan perubahan bentuk badan atau
kekurangan saiz pingggang anda walaupun berat pada timbang anda tidak berubah.
Pada tahap ini tidak perlu risau kerana secara beransur-ansur, timbang anda
akan menunjukkan berat anda yang berkurangan oleh sebab pembakaran lemak itu.
2. Badan anda menyimpan air (water
retention) walaupun telah membakar lemak
Badan anda mungkin telah membakar lemak tetapi ia menyimpan air menyebabkan
penurunan berat anda mendatar. Perkara ini juga memang kerap berlaku daripada
apa yang kita sangkakan.
Apabila kita tidak meminum air yang cukup, buah pinggang kita tidak boleh
berfungsi dengan baik dan hati/liver terpaksa bekerja dengan lebih keras. Hati
adalah kilang memproses lemak yang utama dan sekiranya dia terpaksa mengambil
alih sebahagian kerja yang patut dilakukan oleh buah pinggang maka ia tidak
boleh berfungsi sepenuhnya untuk memproses lemak. Ia menyebabkan pembakaran
lemak berlaku dengan lebih perlahan dan penurunan berat akan terganggu. Air
juga diperlukan untuk membuang bahan toksid hasil pembakaran lemak itu.
Ramai yang masih tidak percaya bahawa air adalah jawapan yang paling baik
untuk mengatasi masalah penyimpanan air didalam badan. Apabila kita kurang
minum air, badan kita akan menyangkakan bahawa ia didalam keadaan bahaya atau
musim kemarau sudah datang dan ini menyebabkan ia akan cuba menyimpan air
sebanyak yang boleh. Kadangkala ini boleh dilihat apabila tangan, peha dan kaki
yang agak membengkak.
Apabila kita meminum cukup air maka masalah “water retention” ini tidak akan
berlaku. Badan sudah tidak berada didalam keadaan darurat dan dengan semulajadi
ia akan mengeluarkan air yang disimpan daripada menyimpannya.
Oleh itu untuk mengatasi masalah ini pastikan kita meminum air yang cukup.
Tidak meminum air yang cukup adalah salahsatu sebab yang kerap berlaku jika
berat tidak turun.
3. Anda mungkin mengalami masalah
“food intolerances” dan ia menghalang penurunan berat anda
Makanan yang anda makan semasa menjalani diet SD2 mungkin menyebabkan anda
mengalamai masalah ketidakselarasan makanan ini dan menghalang penurunan berat
anda. Badan anda tidak boleh menerima makanan tersebut dan bertindak dengan
menghalang penurunan berat anda. Tidak semua orang mempunyai tidakbalas yang
sama untuk makanan tersebut. Namun begitu jika anda menjangka menghidapi
masalah tersebut, maka anda boleh membuat ujikaji untuk pengasingan makanan
tersebut dengan mengubahsuai menu makanan anda. Cuba mengasingkan makanan yang
disyaki selama 1 atau 2 minggu dan lihat apa yang berlaku pada penurunan berat
anda.
Diantara tujuh jenis makanan yang sensitif untuk kita selalunya adalah
gandum,
susu, kekacang, gula, soya, telur dan jagung. Jenis makanan bergandum
juga boleh di kembangkan termasuk semua jenis bijiran dan jenis susu termasuk
juga keju atau cheese. Diantara makanan lain yang juga dikenali menghalang
penurunan berat anda termasuklah pemanis tiruan terutamanya aspartame; citric
asid yang terdapat didalam diet soda; glycerin, yang terdapat didalam
kebanyakan protien-bars sebagai gantian makanan rendah karbohidrat dan juga
alkohol.
4. Anda tidak memakan cukup protien
Jika anda tidak memakan cukup protien, maka besar kemungkinan anda akan
memecah protien didalam badan anda sendiri untuk mendapatkan tenaga. Ini
bermakna jisim otot anda akan berkurangan dan secara tidak langsung akan
merendahkan kadar metabolisma anda. Jika metabolisma anda rendah maka
pembakaran lemak menjadi terganggu dan penurunan berat anda menjadi mendatar.
Pastikan
anda memakan cukup protien seperti yang disarankan didalam program diet.
5. Ubat-ubat yang menghalang penurunan berat badan.
Semasa dalam tempoh anda berdiet
, anda mungkin mengambil
ubat-ubatan yang menghalang penurunan berat badan. Ada diantara jenis
ubat-ubatan yang menghalang penurunan berat badan dan ini telahpun ditulis pada
nota saya sebelum ini.
Ubat berasaskan
steroid seperti
Prednison
adalah diantara penyebab utama yang kerap berlaku kepada penurunan berat yang
mendatar, tetapi masih banyak ubat-ubatan lain yang memberi kesan yang sama.
Jika anda ada mengambil ubat-ubatan ketika berdiet, sila pastikan dengan doktor
anda yang ianya tidak mengandungi bahan-bahan yang mengganggu penurunan berat
anda.
6. Anda masih kurang makan
Saya kerapkali mengingatkan orang yang baru bermula mencuba diet SD2 bahawa
pantang yang pertama bagi diet ini adalah jangan berlapar.
Kita kena faham bahawa badan kita akan menjadi lebih cekap untuk menyimpan
lemak dan hanya menggunakan sedikit tenaga sahaja untuk hidup sekiranya kita
makan terlalu sedikit atau selalu berlapar. Dengan kalori yang tersangat rendah
hanya akan melembabkan metabolisma kita dan penurunan berat badan akan jadi
mendatar.
Makanlah
dengan kenyang dan jauhkan diri anda dari berlapar ketika berdiet. Berdiet
bukan berlapar tetapi pilih makanan yang membolehkan kita turun berat badan
walaupun kita.
7. Anda masih tidak bersenam !
Walaupun penurunan berat adalah 80% dari berdiet, tetapi senaman memang
sangat membantu anda menurunkan berat badan.
Terlalu banyak sebab yang boleh saya terangkan untuk kesihatan anda apabila
bersenam dan juga begaimana ia sangat membantu menurunkan serta mengekalkan
berat idaman anda.
Diantara perkara yang penting yang perlu anda faham didalam perkara ini
adalah tentang faktor kecekapan atau efficiency factor.
Apablia anda mula berdiet, badan anda masih tidak cekap. Untuk membuat kerja
yang sedikit ia memerlukan banyak tenaga. Maka anda akan membakar lemak yang
banyak serta penurunan berat pun berlaku dengan cepat.
Penurunan anda tidak secepat itu setelah anda lama berdiet. Apabila anda
sudah lama berdiet, maka badan anda sudah menjadi cekap. Hanya dengan sedikit
tenaga anda boleh membuat kerja yang banyak. Hasilnya, pembakaran lemak
menjadi perlahan dan penurunan berat anda juga akan mula mendatar.
Jika anda masih melakukan antiviti atau cara hidup yang sama ketika anda
mula-mula berdiet, maka penurunan berat anda sudah tentulah lama kelamaan akan
jadi mendatar walaupun anda tetap berdiet. Oleh itu anda perlu tingkatkan
aktiviti harian anda dengan bersenam supaya pembakaran lemak dapat
ditingkatkan. Pada tahap ini, anda memang kena pergi bersenam. Lakukanlah yang
sepatutnya dan jangan salahkan program diet anda jika berat tidak turun.
8. Kadar makanan berkarbohidrat anda masih terlalu tinggi
Salah satu pelan diet SD2 adalah dengan menjaga pemakanan yang rendah
karbohidrat. Besar kemungkinan anda masih memakan makanan berkarbohidrat yang
tinggi melebihi kadar yang diperlukan oleh badan anda untuk membakar lemak yang
disimpan.
Anda mungkin tak sedar yang anda telah memakan karbohidrat yang tinggi
kerana didalam setiap makanan atau minuman masih terdapat karbohidrat
tersembunyi. Maka, sila semak kembali setiap jenis makanan yang anda
masukkan kedalam mulut dengan mengisi diari pemakanan dan semak setiap
kandungan karbohidrat dalam makanan anda dengan merujuk kepada senarai Pengira
Gram Karbohidrat atau “Carbohydrate Gram Counter Reference List”.
Banyak orang telah mengatakan bahawa mereka tidak
ada langsung mengambil apa-apa makanan berkarbohidrat. Namun begitu setelah
disemak, maka masih banyak karbohidrat tersembunyi yang mereka makan disebabkan
masih kurang pengetahuan tentang jenis-jenis makanan berkarbohidrat.
9. Anda mungkin kerap terlebih makan
Walaupun ketika berdiet SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan dan anda
boleh makan sebanyak mana yang anda mahu tetapi pada tahap ini anda juga perlu
perhatikan bahawa adakah anda terlebih makan atau makan terlalu kenyang
walaupun makanan tanpa karbohidrat dalam jangka waktu yang kerap ?
Sekiranya anda memakan terlalu kenyang, maka badan anda boleh membakar
protien menjadi gula dan secara tidak langsung kita mendapat tenaga dari gula
tersebut dan bukan dari lemak yang disimpan. Oleh sebab yang demikian, maka
penurunan berat kita akan jadi mendatar.
Jika kita mahu melihat dari perspektif lain tentang isu ini, maka kita boleh
juga melihat dari segi konsep pengiraan kalori. Memanglah ketika kita berdiet
SD2 atau melakukan diet rendah karbohidrat, maka kita tidak perlu langsung
mengambil kira tentang konsep pengiraan kalori makanan dan sudah cukup mengira
kandungan karbohidrat yang kita makan sahaja. Selalunya kita tidak mungkin atau
teramat susah untuk terlebih makan akan jenis-jenis makanan berprotien serta
yang rendah karbohidrat dan lemak yang baik.
Namun begitu, jika anda kerap terlebih makan dan selalu sangat mengambil
kalori yang berlebihan, besar kemungkinan lemak tidak akan dibakar tetapi anda
juga akan menyimpan lemak. Jika anda merasakan ini adalah punca berat anda
telah mendatar, cara yang paling baik adalah kurangkan jumlah makanan anda
setiap kali anda makan. Makanlah dengan jumlah yang sederhana tetapi lebih
kerap seperti 6 kali sehari.
10. Karbohidrat yang anda makan mungkin terlalu rendah !
Fahamilah konsep ini dengan tenang kerana ini adalah salahsatu paradox atau
perkara yang bertentangan dengan konsep yang biasa anda faham tentang diet
protien atau rendah karbohidrat dan mungkin bertentangan dengan naluri yang
biasa anda ikuti ketika berdiet SD2. Namun begitu, saya pernah melihat perkara
ini berlaku beberapa kali bagi orang yang berdiet SD2.
Terdapat beberapa kes yang berlaku dimana orang menulis kepada saya bahawa
penurunan berat badannya berhenti apabila mengambil karbohidrat kurang dari 20
gm sehari, dimana mereka berjaya menurunkan berat badan mereka semula apabila
meningkatkan makanan karbohidratnya sehingga 40 gm ke 50 gm sehari.
Salahsatu kemungkinan yang boleh kita terangkan akan phenomena ini adalah
hasil kajian Dr. Diana Schwarzbein, (lihat topik Schwarzbein Principle) yang
mengutarakan bahawa memakan terlalu rendah karbohidrat akan menyebabkan paras
adrenalin dan cortisol yang tinggi yang akhirnya akan melambatkan penurunan
berat badan juga.
Walaupun senario ini tidaklah betul untuk semua orang, jika anda merasakan
bahawa anda kerap mengambil karbohidrat yang terlalu rendah dan penurunan berat
anda masih mendatar, maka sewajarnya anda mencuba meningkatkan sedikit
karbohidrat anda dan lihatlah kesannya pada diri anda.
11. Anda melalui fasa penyesuaian diri !
Kita harus faham bahawa apabila ia bersangkutan dengan penurunan berat
badan, makan badan kita akan berfungsi seperti kitaran maklumbalas pada sebuah
thermostat.
Badan kita memerlukan satu fasa penyesuaian diri dengan fungsi-sungsi yang
bersangkutan terhadap jumlah makanan dan jenis-jenis sumber tenaga yang ia
dapati; sama seperti sebuah thermostat yang perlu berfungsi mengikut kesesuaian
suhu udara didalam sebuah bilik. Dengan itu, cara tindakbalas badan kita
berfungsi untuk perubahan yang baru ini juga tidak sama untuk semua orang. Ada
badan yang lebih peka dan ada yang lambat untuk bertindakbalas.
Sekiranya kita mengubah tahap aliran permulaan atau “set point” yang baru
pada badan kita, maka ia akan berlaku secara beransur-ansur dan bukan sekali
gus. Apabila berat kita mendatar pada tahap yang sama dan tidak turun selama
beberapa hari atau beberapa minggu maka ini mungkin disebabkan badan kita
perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri pada aturan yang baru.
Sekiranya anda tetap menjaga diet anda dan tidak berputus asa, akhirnya
berat anda akan turun semula dan jarum penimbang juga akan mula bergerak kearah
penurunan yang anda idamkan.
12. Anda
mengalami kekurangan zat makanan !
Kita
harus faham bahawa dari segi keperluan biologi, manusia boleh hidup tanpa
karbohidrat. Kekurangan zat makanan adalah bukan disebabkan kita kurang memakan
karbohidrat tetapi kekurangan zat makanan kita adalah disebabkan kita masih lagi
kurang memakan makanan lain yang boleh kita makan.
Kekurangan
dari sebahagian zat makanan bolehjadi mengganggu kelancaran kitaran pembentukan
tenaga didalam badan kita. Apabila ini berlaku, ia akan menyebabkan anda tidak
membakar lemak dengan secara optima.
Jika anda
merasakan ini adalah penyebab berat anda tidak turun, maka sekurang-kurangnya
tambahlah didalam makanan anda suplemen multivitamin dan mineral yang
bersesuaian. Namun begitu, kita perlu juga beringat bahawa ini adalah langkah
pencegahan yang pertama, tetapi anda juga berkemungkinan memerlukan lebih dari
itu.
Sebagai
contoh, didalam penulisan Medical Hypotheses, Dr. L. H. Leung telah mencatitkan
bahawa diatas sebab-sebab yang tidak diketahui sepenuhnya, dia telah membuat
ujikaji dan mendapatkan banyak kejayaaan untuk pesakit menurunkan berat badan
dengan hanya menambah “asid pantothenic” didalam makanan mereka. Asid
pantothenic juga dikenali sebagai vitamin B5. (Sila lihat L. H. Leung,
“Pantothenic Acid as a Weight-Reducing Agent: Fasting Without Hunger, Weakness
and Ketosis,” Medical Hypotheses 44, no. 5 (May 1995): 403 – 405.) Nutritionist
Barbara Marquette, M. S., yang mengajar terapi zat pemakanan (nutritional
therapeutics) di University of Bridgeport program sarjana didalam nutrition
juga telah membuat ujikaji serta mendapat kerbersanan baik yang sama.
Ini mungkin disebabkan oleh kesan asid
panthotenic yang berkaitan dengan kelenjar adrenal. Walau bagaimanapun, ini
adalah sebagai contoh sahaja dan bukanlah jawapan serta langkah untuk anda
lakukan sehingga anda tahu penyebab sebenar masalah anda. Terdapat banyak lagi
jenis-jenis vitamin dan mineral yang boleh menghalang penurunan berat yang
optimal jika badan anda kekurangan bahan-bahan tersebut.