Monday, 15 October 2012

Bentuk Badan Ideal

Bagaimana menentukan bentuk badan yang ideal? Mencapai berat yg ideal sahaja sebenarnya masih belum mencukupi... ukur lilit badan juga perlu diambilkira. Mari kita kira bersama-sama...

1) Mula-mula kira BMI anda untuk mengetahui kategori

berat anda (rujuk gambar diberikan). Formulanya :

Berat (kg) /tinggi (meter) X tinggi (meter)

Contohnya :
Berat En. OMG adalah 97kg dan ketinggian 165cm (1.65 meter) maka BMI nya adalah 97kg/1.65X1.65 = 35.66
En. OMG termasuk dlm kategori Obese Class II

2) Kemudian kira pula berapakah berat yg sepatutnya dicapai. Formula :

23 X tinggi (meter) X tinggi (meter)

So, berat unggul bagi En. OMG adalah 23X1.65X1.65= 62.6kg

3) Sekarang kira ukur lilit pinggang pula...

Jika perempuan, tidak boleh melebih 80cm (32 inci) manakala lelaki 88cm-94cm (36-40 inchi).

Selain itu, Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) perlu dikira bagi mengetahui bentuk badan ideal. Formula :

Ukuran pinggang / ukuran punggung

Jika wanita tidak boleh melebihi 0.8, manakala lelaki 1.0.

Oleh itu, walaupun anda mempunyai BMI normal, bentuk badan anda masih kurang cantik jika anda mempunyai WHR melebihi tahap ditentukan...

Jadi, tunggu apa lagi? kiralah badan masing-masing :)

No comments:

Post a Comment